Tip Menarik

Permulaan Perniagaan


Bagaimana Untuk Membuka Perniagaan Car Wash

Apabila kereta kotor. Pemilik kereta akan sanggup mengeluarkan duit untuk mencuci kereta. Car Wash adalah pilihan yang tepat dan cepat untuk mencuci kereta. Saya akan memberi Tip Ringkas kepada anda bagaimana hendak memulakannya.


1. Mencari dan memilih lokasi yang berhampiran dengan jalan raya yang sibuk dan padat dengan kenderaan.Penglihatan tapak perniagaan yang baik adalah utama perlu di ambil kira untuk promosi Car Wash.


2. Hubungi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat untuk memohon lesen perniagaan. Selepas itu memohon dengan Majlis Pembandaran yang terdekat.


3. Anda perlu ketahui apa syarat-syarat yang perlu dikenakan apabila perniagaan anda dilakukan. Contoh permit atau cas dari jabatan kerajaan.


4. Mencari pembekal pencuci dan peralatan Car Wash untuk bekalan.


5. Selidik dikawasan anda jika ia sesuai untuk membasuh kereta Full Automatic atau Half Automatic. Selepas itu anda boleh merancang untuk berapa ramai tenaga kerja untuk diupah.


6. Membuat satu rancangan perniagaan dari segi semua aspek untuk jangka masa panjang dan pendek.


7. Mengiklankan perniagaan anda dengan kreatif untuk memikat pelanggan.


Note:
• Elakkan memilih lokasi seperti stesyen minyak, tapak pasaraya atau sebagainya kerana pemilik tapak akan menaikan kadar sewa tapak dengan tingi untuk akan datang.
• Anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang dikehendaki ketika memohon lesen perniagaan. Anda boleh melihat syarat-syarat di website.
• Bijak mencari pembekal car wash untuk mengelak ditipu. Cari pembekal di sekitar kawasan anda.
• Elakkan menggunakan buruh asing kerana kos untuk pemgambilan dari agen sangat mahal dan juga tindakan undang-undang.
• Melabur lebih dalam membina papan iklan kerana ini daya tarikan yang kuat pelanggan untuk ke kedai anda.


Step Open Car Wash

  • Cari Tanah/Kawasan Yang Sesuai
  • Sediakan modal Minimum RM5000.00
  • Beli peralatan Car Wash
  • Cari pengedar pencuci dan polish/wax
  • Cari pekerja ( Minimum 2 Pekerja )
  • Operasi 9.00 pagi - 6.00 petang ( Isnin Cuti )
  • Beri perkhidmatan yang terbaik

Gaji Pekerja
  • Basic RM300.00 - RM500.00 + Komisyen RM1.00 (Sebuah Kenderaan)
  • Sediakan tempat tinggal dan makan minum (Tengahari Sahaja)